Pages

Monday, April 19, 2010

MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI S009/2010

SALAM..
Bermula pada 19 April sehinggalah 10 Mei 2010, para mahasiswa/i Universiti Malaysia Sabah akan menduduki peperiksaan akhir semester 2 bagi sesi 2009/2010. Baru-baru ini, saya telah menyertai ceramah motivasi dan keagamaan yang diadakan oleh Kolej Kediaman Indah Permai sempena dengan Program Solat Hajat Perdana. Beberapa tips dan panduan telah diberikan oleh dua orang Panel iaitu Dr Dahalan dan Ustaz Ashraf, di antaranya ialah:
1) Memohon doa keberkatan daripada Allah dengan mengerjakan solat wajib dan mengamalkan solat hajat.
2) Menjaga hubungan baik di antara manusia untuk memastikan ilmu yang ditimba adalah berkat.
3) Minta doa dan restu daripada kedua orang tua yakni ibu dan bapa kerana doa seorang ibu sangat makbul.
4) Menjaga kesihatan diri sepanjang peperiksaan berlansung.
5) Jangan terlalu memaksa diri dengan lewat tidur
6) Menjaga aspek pemakanan dengan pengambilan makanan yang 'halal' dan berkhasiat

Kepada semua rakan-rakan mahasiswa/i, selamat menduduki peperiksaan akhir semester ini, dengan harapan dan doa agar kita semua berjaya...Allahuahlam
Wassalam.